Cara Penggunaan Gum Arabic

CARA PENGGUNAAN GUM ARABIC


Img
CARA PENGGUNAAN GUM ARABIC @ AL-MANNA

MASA MAKAN:
1. Waktu pagi semasa perut masih kosong. Jika mahu berpuasa, ambil waktu sahur. 2. Waktu malam sebelum tidur.

CARA BANCUHAN:
1). 2 sudu makan (=25 gram) dibancuh dengan segelas (250ml atu lebih) air biasa (bukan air panas atau disejukkan dalam peti ais)
2). Jika anda mahu hadkan meminum air kepada 500 ml sahaja sehari, bancuh 25 gram gum arabic dengan 100 ml sehingga 150 ml air sahaja, jika anda sembelit dengan bancuhan yang pekat ini, air perlu ditingkatkan lagi, jika tidak dapat, kurangkan pengambilan kepada 1 sudu makan sahaja. Gum Arabic tidak menyebabkan masalah sembelit, malah ia dapat mengubati masalah sembelit, sembelit disebabkan oleh air dalam badan anda tidak mencukupi untuk melawaskan pembuangan air besar. Makan lebih sayuran dan buah-buahan yang sesuai dengan kesihatan anda.

CARA MEMBANCUH GUM ARABIC:
i)- Ambil shaker atau botol air yang kering, masukkan gum arabic, kemudian masukkan air goncang hingga larut, jika sukar larut, biarkan ia terendam dalam air 30-60 minit barulah goncang semula
ii)- Bagi gum arabic ketulan; Untuk minum waktu pagi, rendam ketulan gum arabic dalam air pada waktu malam, waktu pagi barulah kacau sehingga larut. Untuk minum waktu malam pula, rendam dalam air pada waktu pagi, waktu malam barulah kacau sehingga larut dan diminum.

Minum 2 Sudu Penuh Sudu Makan (=25g) dibancuh dengan 250 ml air. Jika Doktor menasihatkan supaya pengambilan air dikurangkan, bancuh dengan 75-150 ml air sahaja. Bagi semua penyakit termasuk pesakit buah pinggang, semasa minum air bancuhan Gum Arabic, makan juga 1 sudu teh Habbatus Sauda' atau 1-3 biji kapsul Habbatus Sauda' (kecuali Doktor melarangnya), kerana Habbatus Sauda' dapat menyembuhkan banyak penyakit seperti disebut di dalam Hadis Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam. Gabungan kebaikan Habbatus Sauda' dan al-Manna atau Gum Arabic ini, Insya' Allah, dapat memulih dan memelihara kesihatan kita supaya kita dapat beribadat dengan lebih tekun dan selesa.

CADANGAN PENGGUNAAN GUM ARABIC

Img
CADANGAN PENGGUNAAN GUM ARABIC @ AL-MANNA
Cadangan penggunaan:

1. Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

2. Buah pinggang stage 1 hingga 5: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.

4. Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih. Bagi gout, boleh rebus pokok pandan, iaitu daun serta akarnya sekali, kemudian biarkan sejuk, ambil segelas air rebusan yang telah sejuk tadi dan dibancuh dengan gum arabic.

5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).

6. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.

7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.
9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.
10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.

11. Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.

12. Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.

13. Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik.

14. Seorang pakar perubatan herba cina memberitahu saya; cara yang paling berkesan untuk rawatan penyakit buah pinggang dengan gum arabic adalah dengan cara berikut:

i. Rendam roselle kering 2 hingga 3 gram (atau lebih kurang 7 hiris, jika ada gastrik gunakan 3 hiris sahaja, tetapi jika sakit gastrik berulang, berhenti minum rosalle) dalam air panas, kemudian biarkan sejuk.
ii. Setelah sejuk, air rendaman roselle diambil setelah dibuang rosalle yang telah direndam tadi, kemudian dibancuh air tersebut dengan 2 sudu gum arabic.
iii. Dicampur ½ sudu teh molasses (jika ada sakit kencing manis, molasses tidak perlu dimasukkan atau masukkan ¼ sudu teh)

* Molasses adalah gula merah yang kehitaman, ia boleh didapati di kedai yang menjual barangan organik. Perhatian: Pesakit tekanan darah rendah & pesakit gastrik tidak boleh minum roselle.
** Jangan makan roselle, minum air rendamannya sahaja.
*** Tiada laporan kesan sampingan walaupun Gum Arabic dimakan dengan banyak. Jika ada tanda-tanda anda tidak sesuai minum Gum Arabic, seperti sakit pinggang yang kuat dan lain-lain, berhenti minum Gum Arabic.

*SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG KERING DAN BERTUTUP RAPAT* *Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan nasihat doktor anda. *Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.


11 ulasan: