Sabtu, 1 November 2014

APAKAH GUM ARABIC?


 Al-manna @ Gum Arabic..


💸POS LAJU PERCUMA!

💸WHATSAPP: 019-9979598



Assalamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh,


Saya Muhammad syahmi nazhan bin mohd said menjual Gum Arabic gred 1 yang terbaik dari Sudan. Ia dalam bentuk serbuk halus (powder) dan ketulan asal (raw), iaitu serbuk Gum Arabic daripada jenis Acacia Senegal yang terbaik dan terpilih, ia diimport sendiri oleh Koperasi keluarga kami dari Sudan, 100% Gum Arabic asli tanpa bahan pengawet dan apa-apa bahan campuran lain. Gam Arab atau Gum Arabic, menurut sebahagian pengkaji, adalah salah satu daripada Al-Manna yang pernah diturunkan kepada Nabi Musa AS. Gum Arabic adalah fiber boleh larut jika dibancuh dengan air suhu bilik.

Saya jual dengan harga diskaun RM160 bagi 1 Kilogram Powder, harga ini termasuk percuma kos poslaju dan shaker.
(Harga Asal RM200 bagi 1 kilogram).
Dan
Saya jual dengan harga diskaun RM130 bagi 1 Kilogram Ketulan Asal @ Raw Gum Arabic, harga ini termasuk percuma kos poslaju.



*Powder 1kg: RM160(ada stok)







*Powder 500g:RM100 (ada stok)






💸POS LAJU PERCUMA!

💸WHATSAPP: 019-9979598


*Raw/ketulan asal 1kg: Rm130







Gum Arabic Makanan Yang Baik In shaa Allah bagi:

1.Sakit buah pinggang (sudah menjalani dialisis atau belum dialisis)

2. Sakit bengkak buah pinggang

3.Kencing kotor

4. Buasir

5. Cirit birit

6. Kolestrol tinggi

7. Sembelit

8. Diabetis (penyakit kencing Manis)

9. Gout

10. Berdiet (Gum Arabic mengandunggi SERAT yang paling tinggi)

11.Batu Karang

12. Lumpuh atau stroke

13. kanser prostat

14. Menguatkan antibodi melawan pelbagai penyakit.

15. Tekanan darah tinggi

16.Gastrik


Bayaran boleh dibuat kepada:


NO.AKAUN MAYBANK : 1580 5175 7191

MUHAMMAD SYAHMI NAZHAN


NO.AKAUN BANK ISLAM : 08040028290168

MUHAMMAD SYAHMI NAZHAN






AL-MANNA @ GUM ARABIC


Dengan izin Allah, Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama, ia juga dapat meringankan beban buah pinggang. Gum Arabic dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya. Berapa ramai pesakit buah pinggang yang dapat mengelak dialisis setelah amalkan minum bancuhan gum arabic dengan izin Allah. Untuk buasir, sembelit dan berak berdarah, saya dapati amalan minum gum arabic amat berkesan sekali untuk mengatasinya. Ada pesakit yang terkena stroke memberitahu saya bahawa dia telah pulih dengan izin Allah Ta'ala dengan mengamalkan minum Gum Arabic. Ia juga sangat baik sebagai prebiotik malah ia lebih baik daripada inulin.






Source: Moshfegh AJ, Friday JE, Goldman JP, Ahuja JK (July 1999). "Presence of inulin and oligofructose in the diets of Americans". Journal of Nutrition 129 (7 Suppl): 1407S–1411S. PMID 10395608 via https://en.wikipedia.org/wiki/Prebiotic_(nutrition)





Gum Arabic juga amat berkesan untuk buasir; minum 2 kali sehari dan sapu pada tempat yang bengkak (jika telah bengkak), anda dapat melihat sendiri keberkesanannya in shaa Allah. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, menyembuh dan mengawal gout, sembelit, untuk resedung (sinus) dan mengatasimasalah asid urik berlebihan. Sebenarnya banyak lagi lain-lain manfaat untuk kesihatan apabila amalkan minum atau makan gum arabic ini dengan izi Allah Ta'ala. Menurut Wikipedia, secara traditional, gum arabic juga digunakan untuk merawat tibi atau batuk kering. Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta'ala, bersaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan mendapat pahala di sisiNya.

Apakah itu al-Manna? menurut satu pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu; Adalah al-Manna itu turun ke atas pokok-pokok, (فقال علي بن أبي طلحة ، عن ابن عباس : كان المن ينزل عليهم على الأشجار) Ibnu Abbas tidak mengatakan bahawa al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid pula, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu Abbas Radiallahuanhuma, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok. Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat. Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.




Peringatan:


1. Patuh nasihat doktor anda. Jangan berhenti makan ubat-ubatan yang diarahkan oleh doktor kecuali atas nasihat doktor.
2. Bagi pesakit buah pinggang dinasihatkan agar jangan minum susu, atau makan makanan atau minuman daripada produk tenusu, hadkan pengambilan makanan berprotien, kecuali dalam kadar yang disyorkan oleh doktor, jika anda terus minum susu, makan produk tenusu dan tidak mengawal pengambilan protien, anda hampir pasti akan gagal megatasi masalah buah pinggang anda, anda seolah-olah menyekat aliran sungai dengan tapak tangan. Sila baca laman web ini untuk mwndapatkan maklumat asas pemakanan yang sesuai dengan tahap kesihatan anda; http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/diet-a-penyakit/penjagaan-pemakanan-pesakit-ginjal-kronik
3. Jika anda makan antibiotik amoxcillin, makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum atau selepas makan gum arabic (gum arabic menghalang penyerapan amoxcillin menyebabkan ia tidak berkesan sebagai antibiotik).
4. Pesakit yang perlukan dialisis teruskan dialisis, dialisis diteruskan semasa makan al-Manna ini, jangan berhenti dialisis kecuali atas nasihat doktor.
5. Bagi pesakit kronik, seperti sakit jantung, dinasihatkan dapatkan nasihat doktor.




CARA PENGGUNAAN GUM ARABIC @ AL-MANNA

MASA MAKAN:


1. Waktu pagi semasa perut masih kosong, sebaik-baiknya 2 jam sebelum sarapan.


2. Waktu malam sebelum tidur.


MASA MAKAN KETIKA PUASA:


1. Waktu sahur. Sebelum atau selepas makan sahur.


2. Waktu malam sebelum tidur atau sejam selepas berbuka puasa.


CARA BANCUHAN:


1. 1 scoop yang disertakan (=2 sudu makan), iaitu sebanyak 25 gram, dibancuh dengan segelas (250ml atu lebih) air biasa (bukan air panas atau disejukkan dalam peti ais)

2. Jika anda mahu hadkan meminum air kepada 500 ml sahaja sehari, bancuh 25 gram gum arabic dengan 100 ml sehingga 150 ml air sahaja. Oleh kerana larutan ini agak pekat, rendam sejam atau lebih untuk memudahkan ia larut.


CARA MEMBANCUH GUM ARABIC:

i- Ambil shaker atau botol air yang kering, masukkan gum arabic, kemudian masukkan dan air goncang hingga larut, jika sukar larut, biarkan ia terendam dalam air 45 hingga 60 minit barulah goncang semula. Jika tidak hancur sepenuhnya pun serbuk tersebut boleh diminum terus. Boleh bancuh waktu malam untuk di minum waktu pagi.
ii- Bagi gum arabic ketulan; Untuk minum waktu pagi, rendam ketulan gum arabic dalam air pada waktu malam, waktu pagi barulah kacau sehingga larut. Untuk minum waktu malam pula, rendam dalam air pada waktu pagi, waktu malam barulah kacau sehingga larut dan diminum. Ketulan yang besar perlu dipecahkan kepada ketulan yang kecil agar mudah larut.






Cadangan penggunaan:

1. Pesakit buah pinggang; 1 scoop iaitu 25 gram setiap pagi, 2 jam sebelum sarapan dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur, sebaik-baiknya 1 atau 2 jam selepas makan malam. Pengambilan 50 gram sehari dapat mengurangkan beban kerja buah pinggang dan pengurangan creatinine.

2. Untuk buasir, berak berdarah & sembelit: 2 scoop (25 gram) 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong. Jika bengkak di kawasan dubur; ambil sedikit serbuk gum arabic, campur dengan sedikit air, sapu di kawasan yang bengkak tersebut. Jika keadaan serius, seperti bengkaknya besar atau banyak darah keluar semasa buang air besar minum 1 ½scoop pada malam hari.

3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 3 sudu teh (15 hingga 25 gram) pada waktu malam sebelum tidur dan pada waktu pagi sebelum sarapan. Remaja 2 sudu teh dan kanak-kanak 1 sudu teh.

4. Untuk gout; 1 scoop iaitu 25 gram setiap pagi, 2 jam sebelum sarapan dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur,

5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna yang badannya secara genetik membina kolesterol yang berlebihan sehingga penurunan dengan gum arabic tidak memadai. Orang yang sedemikian perlu makan ubat untuk menghalang badan membina kolesterol secara berlebihan tersebut).

6. Sebagai makan tambahan sakit-sakit lain dan untuk meningkatkan sistem imun untuk menentang penyakit: 15 hingga 30 gram sehari, iaitu, 15 gram 2 jam sebelum sarapan dan 15 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur, sebaik-baiknya 1 atau 2 jam selepas makan malam juga.

7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.

9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.

10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.(check paras gula dalam dalam darah anda untuk memastikan ia berkesan untuk anda)

11. Untuk buasir yang serius; minum 1 scoop iaitu 25 gram setiap pagi, 2 jam sebelum sarapan dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur, dan 1 atau 2 jam selepas makan malam. Jika ada bengkak dan sakit, buat bancuhan pekat seperti bedak sejuk, sapu di tempat tersebut.

12. Untuk mengurangkan batuk ringan: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.

13. Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik dan ragu-ragu untuk makan gum arabic.

14. Untuk masalah jerawat; ambil secubit dicampur sedikit air dan disapu ke muka sebagai masker, minum 15 hingga 25 gram setiap pagi dan malam.



*SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG KERING DAN BERTUTUP RAPAT*


*Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan nasihat doktor anda.





*Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.

3 ulasan:

  1. Thank you for sharing such a nice blog. It's really impressive. I appreciate your intelligence and knowledge. Gum Arabic Suppliers

    BalasPadam
  2. Great Blog it is very beneficial for many of us. Gum Arabic

    BalasPadam
  3. Nice Post. I would like to share more about Arabic gum

    BalasPadam